Perarakan guru-guru diketuai oleh Tuan Haji Rosman
Pengantin kanak-kanak menyerikan lagi majlis tersebut.
Sambutan Hari Guru dimulakan dengan ucapan oleh Menteri Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Malaysia . Teks ucapan tersebut telah disampaikan oleh Puan Zainab bt Hashim dan Encik Suzaidi bin Taharuddin. Majlis sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Rosman sendiri. Dalam ucapannya beliau menyeru agar semua guru dan murid-murid dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan visi dan misi sekolah dan negara. Kemeriah sambutan Hari Guru diteruskan dengan nyanyian beramai-ramai oleh murid-murid yang mendendangkan lagu, “ Terima Kasih Cikgu.”
Upacara dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian oleh guru-guru dan murid-murid. Sambutan Hari Guru pada kali ini digamatkan lagi dengan aksi melucukan oleh murid-murid lelaki. Persembahan tersebut diadaptasikan daripada lagu, “Aci-aci Buka Pintu”, lakonan Tan Sri P. Ramlee dan Zain.
Tn. Hj. Rosman sedang menyampaikan ucapan.
Pasukan Koir Guru-guru SKBC...
Bintang Malam versi SKBC
Pasukan koir SK Bukit Changgang
Camne nak nyanyi lagu, " Terima Kasih Cikgu" ni?
Persembahan Aci-aci Buka Pintu...
Pelbagai gelagat guru-guru dan aksi-aksi yang melucukan dapat disaksikan sepanjang sukaneka tersebut diadakan. Walaupun acara tersebut terpaksa dihentikan akibat hujan lebat tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka. Acara sukaneka tetap diteruskan di dewan sekolah. Murid-murid Tahun Dua dan Tiga jyang menyaksikannya amat terhibur dan berpuas hati.
Sambutan Hari Guru tersebut diakhir dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua guru telah disempurnakan oleh oleh Tuan Guru Besar dan barisan pentadbiran sekolah.Walaupun agak kepenatan dengan aktiviti yang padat namun masih tergambar keceriaan pada wajah guru-guru kita.Selamat Hari Guru untuk semua guru SK Bukit Changgang.Teruskan perjuangan anda.
Acara Lari Pindah-randah..... paling meriah!
"Betul ke cara ikat kain batik nih? "
We are the champion walaupun hadiah lebih kurang je!